Saturday, March 27, 2010

Gambar wallpaper vistaku

Saturday, March 20, 2010

bunga matahari


Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika, dengan kepalanya berkuntum besar. Batang pokok bunga ini boleh bertumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm dengan benih-benih "besar". Perkataan "bunga matahari" juga digunakan untuk mengertikan semua tumbuhan dalam genus Helianthus yang kebanyakannya pokok saka.

bunga kekwa


Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.

Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan - sila lihat Senarai Lepidoptera yang makan bunga kekwa.

bunga raya


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Bunga raya
Hibicus0051.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Hibiscus
Spesies: H. rosa-sinensis
Nama binomial
Hibiscus rosa-sinensis

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.